Wednesday, December 4, 2019

My Acne Journey II

Hi guys...ini sambungan untuk acne journey min tau...post min yang lepas tentang reaction min kan...now min nak share produk yang min gunakan untuk atasi acne yang min ada...so...selamat membaca :)

Psssttt...semua produk yang min beli ni semua min beli dekat Watson.
Maaf juga tau kalau bab harga tu min tak berapa nak sure sangat, korang just buka saja laman web Watson untuk tahu setiap harga produk yang min beli dengan lebih lanjut.

PRODUK YANG MIN GUNAKAN

  1. Facial wash 
  2. Toner (penyegar wajah)
  3. Moisturizer 
  4. Scrub
Okay guys...min just guna 4 produk tu saja untuk cure acne min...and min akan nyatakan produk jenama apa yang min pakai...

1. Facial wash
Ok, min guna facial wash by Pond's (Acne Clear). Min akan tunjuk gambar dia dekat bawah ni ya :)
Pond's ni min beli dekat Watson dalam RM 10 and above macam tu (maaf tau min lupa pula sebab min dah lama beli)
Apa yang min nak cakap, Pond's ni for min ok lah, bau dia wangi and bila pakai rasa lembut saja kulit kita. Min serasi dengan produk Pond's ni sebab bila pakai kulit min tak irritate atau apa-apa pun ;D. Ni min nak pesan, bila cuci muka tu, lembap-lembap kan sikit muka kita dengan air, baru boleh cuci muka tau then urut-urut muka kita tu. 



2. Toner (penyegar wajah)
Ok, for Toner...min pakai Safi yang Oxywhite tu...actually guys, banyak saja toner daripada brand lain macam simple, Eucerin ke and others...just ikut kemampuan koranglah...min start tau toner ni pun sebab kakak min yang first introduce kan toner ni pada min. So, sebab tu lah min stay saja pakai toner Safi tu. 
Harga dia kalau tak silap min dalam RM 9 and above macam tu...

Guys, min rasa min dah tak boleh lari dengan toner sebab kulit min memang berminyak habis. Ingatkan bila dah cuci muka ingatkan dah bersih, tapi ehhh... masih ada sisa lagi haaaa...So dekat bawah ni min ada gambar rupa Toner Safi OxyWhite yang min pakai...

Toner ni bukan buatkan muka kita rasa lebih segar saja, tapi dia bantulah untuk buatkan kulit kita mudah nak resap sebarang moisturizer atau night cream ke atau serum yang kita pakai...haa gitu...


3. Moisturizer 
Min pakai Olive Nourishing Cream by Himalaya. Ni min beli secara kebetulan saja, sebab min tahu Olive ni memang baik untuk kulit and so min beli saja. And you all nak tahu, bila bangun pagi saja (min pakai malam cream tu)...min dapati kulit muka min tampak glowing and nampak macam 'hidup' lah hahaha...sebelum ni kulit muka min kering...kusam...tapi bila pakai tu kulit muka min nampak macam ada perubahan. Min selalu guna cream ni sebelum tidurlah lepas dah cuci muka and lepas pakai toner.

Harga dia dalam RM 18 and above.

*Korang boleh guna night cream juga yang korang suka. Dekat Watson tu banyak saja night cream daripada pelbagai jenama, just bergantung pada kulit korang and bajet. Ni min nak pesan, kalau nak beli apa-apa, ikut pada masalah kulit yang kita hadapi.

Contoh: kalau kita ada masalah jerawat, just fokus pada produk yang sesuai dengan masalah yang kita hadapi...jangan sibuk nak cari produk yang whitening kan kulit pula.
Bukan tak boleh, tapi kita utamakan yang penting dulu kan. Rawat kulit kita dulu, barulah fokus nak cerahkan kulit and so on.


4. Scrub
Ok...ni tips last yang min boleh share. Min pakai Scrub muka dari Cosmoderm (Vitamin E)

Harga dia dalam RM 17 and above.
Scrub ni jangan pakai bila kulit masih ada jerawat yang still hidup tu tau...nak pakai mesti bila dah tinggal parut tu, sebab scrub ni dia kasar and nak pakai mesti paling maksimum 2 kali seminggu (jangan pakai hari-hari).




Scrub ni, bila min Spakai, muka min memang licin and glowing saja. Bekas jerawat min tampak kian pudar and min happy sekali. And guys, selain cosmoderm, ada saja scrub jenama lain macam St. Ives or Eversoft. 

TAKE NOTE!
Min hanya berkongsi cara min cure kan jerawat min...tak semua orang kulit dia sama macam min. Min sendiri pun beli produk dekat Watson sebab min try try saja bergantung kepada masalah kulit muka yang min hadapi. 

So korang, min nak pesan, apa yang min share ni based from pengalaman min sendiri. Min sendiri spend masa yang agak lama lah dekat Watson sebab nak pilih produk yang sesuai dengan masalah kulit min. 

Min beli produk skincare memang dekat Watson...min tak ada beli dekat pasar malam ke, kedai jamu ke apa, sebab kalau beli dekat Watson kualiti dia lebih terjamin and yang paling penting memang dah dermatology tested...tu yang kita nak, sebab tak ada kandungan barangan beracun macam merkuri. 

So dekat sini:
  • Beli produk ikut masalah kulit yang kita hadapi.
  • Setiap produk yang kita beli tak semestinya bila pakai muka dah terus okay, kadang-kadang kita kena bersabar
  • Tak semua produk yang mahal semuanya akan berkesan pada kulit kita, sebab tu kalau nak cuba produk, try produk yang harga dia dalam lingkungan RM 20-30 dahulu...sebab kalau dia tak ada kesan apa-apa pada kulit kita, tak adalah kita frust sebab tak berkesan pada kulit kita and mahal saja dapat harap a.k.a membazir.
  • Pastikan kalau nak beli skincare, beli dekat drugstrore macam Watson atau Guardian
  • Kepada yang ada masalah acne tu, pastikan kesihatan dalaman pun jaga...banyakkan minum air masak...kurangkan makanan yang berminyak dan manis...rehat yang cukup...dan jangan stres. Just be happy sahaja.
Thank you :)



No comments:

Post a Comment

My Acne Journey II

Hi guys...ini sambungan untuk acne journey min tau...post min yang lepas tentang reaction min kan...now min nak share produk yang min gunaka...